
31 Cara Beratkan Buah Sawit
Ini adalah panduan mendapatkan buah sawit banyak, besar dan berat.
Baja beratkan sawit bukan satu-satunya jalan untuk hasil sawit tinggi. Banyak lagi faktor lain yang beratkan buah sawit.
Baca di bawah:
Link lain-lain:
01. Bagi sawit cukup air
Bila kurang air contohnya kemarau melanda, buah sawit jadi ringan.
Bunga betina gugur, tinggal bunga jantan saja.
Cara bagi pokok cukup air
Bila kurang air contohnya kemarau melanda, buah sawit jadi ringan.
Bunga betina gugur, tinggal bunga jantan saja.
Bila kurang air contohnya kemarau melanda, buah sawit jadi ringan.
Bunga betina gugur, tinggal bunga jantan saja.
Bina saliran dan parit untuk simpan air hujan.
Buat sungkupan tandan sawit kosong untuk tutup tanah.
Amalkan bersih kebun secara menebas - biar rumput melindungi tanah supaya air tidak meruap ke udara.
02. Elak air bertakung dalam kebun sawit
Air bertakung dalam kebun sawit boleh rosakkan akar pokok.Akar rosak, susah nak serap air dan baja kemudian hari.Buah jadi kecil dan ringan. Pokok boleh terbantut, lama-lama mati.
Cara keluarkan lebihan air
Buat saliran dalam kebun supaya air berlebihan boleh keluar.
03. Lembapkan tanah kebun sawit
Tanah lembap bermaksud tanah tu cukup air. Tanah lembap penting untuk sawit berbuah besar dan berat.
Cara lembapkan tanah
Tanam kekacang penutup bumi untuk lindung air dalam tanah.
Amalkan bersih kebun secara menebas. Rumput pun lindung air supaya tidak meruap ke udara.
Buat sungkupan tandan sawit kosong. Konsep dia sama macam kekacang penutup bumi.
04. Bagi baja tambahan semulajadi
Baja tambahan ni dah ada dalam kebun. Tinggal nak susun je.Walaupun unsur baja sikit, tapi boleh bantu buah sawit jadi berat.
Cara hasilkan baja tambahan percuma guna bahan kebun
Elak bakar pelepah kering. Pelepah yang reput bagi baja untuk daun.
Guna sungkupan tandan sawit kosong. Reputan ni hasilkan baja tambahan buah.
Bersih kebun secara tebas. Rumput kering akan keluarkan unsur baja.
Tanam kekacang penutup bumi. Supaya dapat baja nitrogen tambahan.
05. Gemburkan tanah
Tanah gembur akan simpan air dan baja. Dua bahan penting ni untuk hasil buah sawit berat.Akar pun senang berkembang di tanah yang gembu.
Cara gemburkan tanah secara semulajadi dan mudah
Buat sungkupan tandan sawit kosong. Bila reput jadi bahan organik yang repair struktur tanah.
Jangan bakar pelepah kering, biar reput sendiri. Lalu jadi bahan organik dalam tanah.
Gunakan baja tambahan organik untuk hidupkan cacing penggembur dan bakteria baik dalam tanah.
06. Gemburkan tanah
Bila akar sawit berkembang, mudah pokok nak serap baja dan air.Cukup kedua-dua bahan ni, senang nak dapatkan buah sawit banyak, besar dan berat.
Cara banyakkan akar sawit
Buat sungkupan tandan sawit kosong supaya tanah lembap dan akar mudah keluar bawah sungkupan.
Susun pelepah dengan baik, jangan bakar pelepah kering. Sama juga, tanah lembap, akar mudah berkembang bawah pelepah.
Nak lagi cepat? Guna baja jenis cecair organik. Tak sampai sebulan akar keluar meriah.
07. Hapuskan pesaing pokok sawit
Sawit bersaing baja dan air dengan tumbuhan liar. Macam rumput dan pokok kecil.Bila bersaing, mana cukup sumber nak hasilkan buah sawit besar dan berat?
Cara hapuskan pesaing sawit
Tebas sekiranya mampu. Rumput dan pokok kecil mereput dan keluarkan baja tersimpan.
Sekiranya tidak mampu, boleh racun. Cuma elak berlebihan supaya tanah terjaga.
Buang anak pokok sawit liar di sekeliling pokok utama. Ini adalah parasit pokok induk.
Tanam kekacang penutup bumi supaya rumput tak sempat naik. Bonus pokok sawit dapat extra nitrogen free.
08. Pegang tanah sawit
Hakisan menyebabkan baja lari dan pokok sawit terbalik.Pokok jadi tak cukup baja nak hasilkan buah sawit besar dan berat.Tanah berbukit lagi kritikal. Bila hujan lebat, tanah dan baja hanyut terus.
Cara pegang tanah sawit
Buat saliran tepi lereng, supaya air mengalir tempat betul. Serta tak hakis tanah.
Tanam kekacang penutup bumi di hujung teres tanah berbukit supaya pokok ni pegang tanah.
Susun pelepah di kawasan hujung teres jadi benteng pelindung.
09. Bina askar kecil kebun sawit
Askar kecil dalam tanah adalah bakteria baik dan cacing tanah.Mereka bantu jaga tanah dan pokok supaya proses hasilkan buah besar dan berat tak terganggu.Bakteria baik buatkan tanah jadi subur dan berongga, dapat simpan air dan baja. Akar berkembang baik.Bakteria baik ni juga yang lawan virus dan kulat perosak sawit.
Cara bina askar kecil sawit
Elakkan racun berlebihan sebab racun mematikan bakteria baik.
Bersih kebun secara tebas sekiranya mampu supaya tanah sentiasa neutral. Cacing dan bakteria hidup kekal membiak.
Nak lagi efisyen, guna baja organik. Bakteria baik dapat makanan dari baja organik dan mudah membiak.
10. Hilangkan toksin baja kimia dari tanah
Baja kimia NPK penting. Inilah makanan asas pokok sawit.Namun baja kimia tinggalkan toksin. Toksin dari baja kimia buatkan tanah masam dan rosak.Akar juga tidak serap unsur baja.Baja ni lah penting nak hasilkan buah sawit berat dan besar
Cara hilangkan toksin dari tanah
Buat pengapuran tanah contohnya guna zeolite. Supaya tanah jadi neutral balik.
Gunakan baja tambahan organik. Baja organik menghidupkan bakteria yang akan menghuraikan toksin kimia.
11. Jadikan sawit rintang penyakit
Ganoderma antara penyakit sawit yang susah ubat.Bila terkena, usahkan buah sawit berat, nak tengok pokok pun tak dapat sebab sawit tumbang.
Cara bagi sawit rintang penyakit
Jangan guna baja tinja atau najis. Najis haiwan tarik penyakit ke kebun sawit kita.
Gunakan baja tambahan organik untuk hidupkan bakteria yang lawan penyakit sawit.
Amalkan menebas sekiranya mampu supaya tanah neutral. Elak racun berlebihan yang buatkan tanah masam sebab tanah masam.
Tanah masam mempercepatkan penyebaran ganoderma.
Pilih baka sawit berkualiti tinggi yang rintang penyakit.
12. Pilih baka gred tinggi
Ada baka sawit memang hasilkan buah sawit lebih berat dan banyak.Beza baka, beza untung. Tentukan hasil sebelum tanam lagi.
Cara pilih baka gred tinggi
Semak info dan kajian dari pembekal asal baka sawit.
Tanya orang yang dah pakai baka ni.
Pilih baka sawit kualiti tinggi. Baka berkualiti rintang penyakit pokok, rintang perubahan cuaca. Juga hasilkan buah sawit impian.
13. Beli sawit kat tempat yang tepat
Beli dekat nurseri anak pokok sawit berdaftar sahaja.Kalau tak berdaftar, silap haribulan dapat anak pokok sawit tipu-tipu.Lalu tak dapat buah sawit berat.
Cara pilih pembekal pokok sawit
Beli anak pokok sawit di nurseri berdaftar sahaja untuk tanam atau tanam semula.
Tanya orang lain okay ke servis mereka. Jujur ke tidak.
14. Bersabar ikut umur pokok sawit
Bersabar ikut umur pokok sawit. Sampai umur, barulah keluar buah sawit berat.
Hasil ikut umur sawit
2.5 hingga 4 tahun. Masa ni baru belajar berbuah. Hasil tak banyak.
6 hingga 13 tahun. Hasil mula naik hingga puncak.
15 tahun hingga 25. Hasil mula menurun perlahan-lahan.
15. Guna baja tepat untuk buah sawit berat
Baja yang tak tepat buatkan sawit tak fokus bagi buah berat.Contoh baja padi urea. Yang ni banyak N sahaja.Pokok jadi fokus dekat daun dan bukan buah. Daun cantik tapi tak ada buah.
Hasil ikut umur sawit
NPK balance untuk sawit muda contohnya 15-15-15.
NPK dengan K tinggi untuk sawit matang contohnya 9-6-18. Tujuan bagi buah sawit banyak dan berat.
16. Buat kaedah baja hibrid kimia organik
Kaedah hibrid ni bagus. Jimat duit, buah sawit berat dan hasil tinggi.Baja kimia tinggalkan toksin. Baja organik jadi penghurai tak langsung.
Cara kaedah baja hibrÃd
Bagi baja kimia NPK. Baja ni bekalkan baja asas keperluan pokok sawit kita.
Kemudian baja organik yang berikan mikronutrient. Ibarat atlet yang bertenaga makan vitamin.
17. Tuai buah dan jual ikut masa
Tuai dan jual sawit ikut masa yang betul. Masa jual buah boleh tentukan jumlah duit jualan buah sawit.
Tempoh jual buah
Lepas kait, elok jual terus masa buah segar.
Bila simpan lama, minyak jadi rosak. Kilang ambil murah.
Elak tuai buah belum masak. Loading ramp dan kilang reject buah walaupun peram.
18. Kutip buah relai
Buah relai bila tinggal jadi anak pokok yang parasit.Bersaing baja dan air dengan pokok besar, lalu pokok tidak dapat berbuah berat dan banyak.
Nak mudah kutip
Bila buah sawit masak, terus kait awal ikut jadual. Makin lama, makin banyak buah relai.
Terus kutip lepas ambil buah besar.
Kalau tak sempat, mintak orang kutip. Duit jual buah relai bagi kati orang kutip.
19. Cari pekerja sawit awal-awal
Awai tak kalut. Ini kaedah tak langsung untuk dapatkan buah sawit berat.Cari pekerja awal-awal elak buah tidak terkait kat pokok.
Cara cari pekerja sawit
Pekerja ni ikut tempat. Ada tempat kita sendiri sedia, ada tempat lori angkut buah tu yang sedia.
Berkawan-kawan dengan pekebun sawit lain. Biasanya diantara pekebun setempat ni ada kenalan pengait buah sawit.
Tanya kenalan rapat, biasanya ada yang kenal pengait sawit.
Layan pekerja dengan baik. Mereka akan jaga kebun dengan baik.
20. Jaga kumbang pendebungaan
Bila tak ada kumbang pendebungaan, buah tak terhasil walaupun banyak bunga betina.Pokok berbunga cantik tapi kosong tanpa buah sawit berat.
Cara jaga kumbang pendebungaan
Jadikan kebun sawit neutral, elak racun berlebihan.
Sekiranya mampu bersih kebun secara tebas. Supaya kumbang hidup selesa tanpa racun.
Terbaik guna kaedah baja hibrid kimia dan organik. Barulah kebun nyaman dan kumbang selesa.
21. Adjust tanah ikut jenisnya
Tanah berbeza, cara jaga pun berbeza. Baik keadaan tanah, baiklah pokok untuk berbuah berat, besar dan banyak.
Kaedah jaga ikut tanah:
Tanah bukit. Buat teres dan saliran supaya baja dan tanah tidak lari dibawa air hujan.
Tanah gambut dan tanah berpasir buat sistem saliran dan parit tertutup. Supaya dapat kawal air.
Tanah masam buat pengapuran. Tanah akan jadi neutral.
22. Bagi ruang untuk sawit bernafas
Bila terlalu padat, sawit bersaing sesama sendiri, hasil jadi rendah.Usahkan buah sawit berat, nak nampak buah sawit pun susah.
Cara bagi sawit ruang bernafas:
Tebang pokok yang padat. tinggalkan 55-60 pokok sawit sahaja untuk seekar tanah.
Sekiranya ada pokok besar berdekatan, tebang juga.
Adakalanya pokok besar ni adalah buahan. Pilih salah satu, nak buahan atau sawit?
23. Buat bajet simpanan kebun sawit
Bila harga sawit jatuh, ramai pekebun stop beli baja.Pokok sawit makin tak berbuah. Duit jual buah makin tiada.
Cara ada simpanan kebun sawit secara mudah:
Buat bajet dan simpanan awal-awal.
Asingkan duit sawit siap-siap macam tabung.
Tabung untuk baja, bersih kebun dan lain-lain.
Barulah sentiasa dapat beli baja walaupun masa harga sawit jatuh.
Nota: Kalau guna apps Maybank MAE, guna fungsi Tabung untuk simpanan berlainan kegunaan.
24. Sentiasa check kehadiran perosak
Serangga perosak ni kecil je, tapi boleh jejaskan hasil sawit dengan teruk.Contohnya kumbang, ulat bungkus, tikus. Mereka ganggu pembentukan buah sawit beratLambat perasan, dah merebak seluruh kebun kita.
Cara check perosak:
Sentiasa check tengok perubahan pokok sawit.
Ada kesan lain dari biasa ke? Macam daun berlubang, buah sawit berlubang, batang pokok berlubang. Itu tanda perosak.
Hapuskan awal supaya mudah hapus. Kalau dah banyak makan kos tinggi nak hapus.
25. Pruning pelepah secara optimum
Pelepah ni tempat sawit hasilkan tenaga membesar dan membentuk buah sawit berat.Terlebih pruning, buah tergantung, pokok sakit. Pokok tak berbuah.Terkurang pruning, buah sawit jadi berkulat dan busuk.
Cara pruning optimum:
Ada 2 pendapat.
Pertama, pruning hingga tinggalkan 1 pelepah terakhir yang dekat dengan buah.
Kedua, pruning hingga tinggalkan 2 pelepah terakhir yang dekat dengan buah.
Nak mudah kait buah, tinggalkan 1 pelepah terakhir yang dekat dengan buah.
Nak pokok bertenaga dan buah sawit banyak, tinggalkan 2 pelepah terakhir yang dekat dengan buah.
Standard kebanyakan buat adalah tinggalkan 1 pelepah terakhir yang dekat dengan buah.
Cara ni efisyen mudah nak kait buah sawit. Juga dapat kurangkan risiko buah sawit berkulat.
26. Buang tempat pembiakan perosak
Perosak dan penyakit ni lah yang menghalang pokok keluar buah sawit berat yang diimpikan.
Cara buang tempat perosak:
Cuba tengok ada tak tunggul lama dan batang pokok lama dalam kebun sawit?
Inilah tempat perosak berumah dan membiak.
Jumpa, buang terus dari kebun.
27. Elak sawit kena curi
Yang ni, kebun hasilkan buah sawit 1 tan sebijik, tiada guna. Sebab orang lain makan hasil.
Cara kurangkan kes curi:
Buat rondaan mengejut ke kebun sawit supaya pencuri tak tahu bila kita datang.
Pakat-pakat dengan pemilik kebun sawit berdekatan. Jaga sama-sama.
Kalau dalam kebun ada line phone, pasang CCTV. Power dia pakai panel solar.
28. Jual sawit kat tempat mahal
Antara jual kat kilang dan loading ramp, pilih kilang sekiranya dekat.
Kilang ambil harga tinggi berbanding loading ramp.Kalau buah sawit dah berat, harga pula mahal . Masyuk dapat untung lebih
Kekurangan dia:
Cuma kena tunggu lama sikit nak grading buah, tapi berbaloi.
29. Elak terlalu berjimat
Jimat sikit, tapi buah sawit berat tak dapat. Ini adalah rugi besar.
Contoh berjimat yang merugikan:
Berjimat tak nak baja, lalu pokok tak ada hasil.
Atau beli baja murah, rupanya tiruan tak ada zat. Dapat murah depan, hilang untung belakang.
30. Jadikan sawit kalis musim melawas
Musim melawas ni biasanya hujung tahun hingga awal tahun.Masa ni pokok tak keluar buah sawit. Duit jual buah pun jatuh merudum.Termenung kita dipinggir kebun.
Cara buatkan sawit kalis melawas:
Huraikan tanah masam bertoksin dengan kaedah baja hibrid supaya pokok sihat sepanjang masa. (tengok point no 16)
Sekiranya mampu, pilih menebas berbanding meracun. Barulah tanah neutral dan susah nak masuk penyakit pokok.
31. Cara halang binatang perosak
Yang ni kritikal masa sawit masih kecil.Lembu makan daun sawit, babi terbalikkan pokok, monyet tarik pucuk.Pokok muda senang mati bila kena serang. Tak sempat keluar buah sawit berat yang kita nak.
Teknik halang binatang perosak:
Buat pagar keliling kebun.
Nak lagi baik? Buat pagar elektrik untuk kawalan maksimum.
Untuk binatang besar macam gajah, buat parit besar supaya tak boleh masuk. Yang ni kena pakat beramai-ramai dengan pekebun lain.
Kenapa buat panduan sawit ni?
Supaya ramai pekebun sawit dapat hasil tinggi. Duit jual sawit jadi banyak.Sekian.
Salam sayang,
Nahar Adam
